GALERISM3KB

Galeri Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu (SM3KB) adalah merupakan satu medium untuk pengumpulan bahan-bahan sejarah yang ada kaitannya dengan sekolah ini. Semoga kepada sesiapa yang melayari laman ini akan mengembalikan nostalgia tersendiri mengenang kembali pahit manis berada di SM3KB> Sebarang pandangan,komen atau tambahan bahan boleh disalurkan melalui email: kbksm3kb@gmail.oom

SEJARAH

April 1959 sebuah sekolah untuk anak-anak Melayu sekitar Daerah Hulu Selangor dibuka dikenali sebagai Darjah Menengah Melayu Kebangsaan. Bangunannya pula menumpang di Sekolah Umum Kalumpang. Dengan hanya sebuah kelas untuk tingkatan 1 dan bertambah dari tahun ke tahun seterusnya. Mendapat bangunan baru terletak di Kuala Kubu Bharu, namanya turut diubah kepada Sekolah Menengah Anika Jurusan pada tahun 1964. Semasa majlis perasmian bangunan baru, nama sekolah turut diubah menjadi SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU kini juga dikenali dengan SM3KB. Pada 1 Mei 1979, kelas tingkatan 6 pertama telah dibuka. Tahun 1999 SM3KB mengorak langkah untuk terus maju apabila dipilih menjadi sekolah rintis Sekolah Bestari KPM daripada 88 buah sekolah seluruh negara. Tahun 2008 SM3kB mendapat status SEKOLAH BESTARI PERDANA.

SENARAI PENGETUA

1959 - 1962 - En Shaari bin Mohd Nor
1962 -1963 - En Jamaluddin bin Mahmud
1963 - En Roslan Khatib
1963 - 1964 - En Mohd Kassim Aris
1965 - 1966 - En Abdul Majid bin Kamaruddin
1967 - 1968 - En Mohd Rashid bin Mohd Nor
1968 - 1971 - En Azhar bin Mohd Simin
1972 - En Zainal Abidin bin Ahmad (YB HS -2008)
1072 - En Hanafiah bin Hj Arshad
1973 - 1979 - Tn Hj Gomri bin Hj Abdul Rahman
1980 - 1982 -Tn Hj Saranum bin Kalimon
1982 - 1986 - Tn Hj Akasah bin Hj Abd Manan
1986 - Cik Siti Fatima bt Hashim
1986 - 1994 - Tn Hj Yahya bin Hj Abas
1994 - Tn Hj Zainuddin bin Hj Abd Kadir
1995 - En Markandan a/l Ratnam
1996 - 2003- Pn Khadisah bt Awang
2004- 2008 - Tn Hj Manap bin Jarkasi
2009 - kini - Pn Mazmin binti Mohd

Monday, April 27, 2009

Perubahan Tempat Galeri

Insyaallah jika projek pembesaran kantin dilaksanakan,Galeri sekolah akan dipindahkan ke ruang lain yang lebih luas dan selesa.Pihak sekolah amat berharap sekiranya mana-mana pihak sudi memberikan sumbangan idea dan kewangan untuk menaik tarafkan Galeri tersebut.Galeri merupakan himpunan bahan-bahan seperti berita, piala kecemerlangan,majalah sekolah,plag dan gambar-gambar yang telah dikumpulkan sejak penubuhan sekolah ini.
Bahan paling lama yang masih terdapat di sini adalah majalah sekolah yang diterbitkan pada 1969.
Pihak kami mengharapkan bantuan dan kerjasama sepenuhnya daripada alumni sekolah terutama menyediakan rak berkaca,'aircond'dan lampu pancar yang sesuai untuk Galeri.Dengan adanya bantuan seperti ini,diharapkan Galeri baru akan lebih kondusif untuk dilawati.

Followers